maha melihat

Saturday, May 5, 2012

saat ini

saat ini...
rasa mahu lari laju2 sampai depan pintu rumah aku..nun jauh di desa sana..jauh..jauh..
rasa rindu....
saat ini...
rasa mahu putar jam2 yang ada di dunia..mahu kembali di sisi bonda...putar..putar..
rasa rindu
saat ini...
rasa mahu nangis kuat2...sunyi..sunyi...
rasa rindu
saat ini...
rasa mahu sahaja aku gajikan seorang cameraman letak di kampung, mahu tahu apa sedang dibuat mereka..
rasa rindu...
saat ini...
bukan saat ini...setiap saat aku mahu begini...

Thursday, May 3, 2012

bertahan untuk senangkan hati orang.

kau tahu tak..payah aku nak buat seperti tajuk di atas...

kau ingat senang ke nak bertahan untuk puaskan hati orang lain...untuk buat orang lain tersenyum..tapi dalam hati kau..kau nangis..sedu2...

sebagai seorang pelajar yang belajar cara untuk kawal emosi..aku gagal untuk kawal emosi aku..
benar kata budak cilik itu..
orang ceria..selalunya malam2 menangis bawah bantal....

kalau kau tak sakit..takkan kau nak rasa sesal..

Allah menguji...aku terima..aku redha...
Allah menguji atas kemampuan aku..aku kena kuat harungi semua ini...
aku tidak keseorangan...musuh aku pun sentiasa mahu aku kuat..dia pun tidak mahu lawan dengan orang lemah..

jangan jadi lemah...
insan lemah selalu berkira-kira dengan ujian ilahi..

aku kuat..aku kena kuat untuk bahagiakan hati insan yang aku sayang...

bahagiakah mereka??

dari wajah..aku pun tahu..mereka juga menangis bawah bantal..mengenang nasib anak-anak...

wajah mereka tidak pernah tua di mata aku...
biar sudah putih rambutnya..kau tetap gagah wahai ayahanda...
biar sudah putih rambutnya...kau tetap jelita wahai ibunda...

anakmu tidak sekuat tawanya ...anakmu ini tidak segagah tubuhnya..anakmu ini sangat lemah..anakmu ini derita dalam hati..sedih..aku mahu senangkan hati kalian...


YA ALLAH...
KURNIAKANLAH KEBAHAGIAAN KEPADA IBU BAPA KU DAN SELURUH AHLI KELUARGA AKU...TENANGKANLAH HATI MEREKA...MURAHKANLAH REZEKI MEREKA...KURNIAKANLAH KESIHATAN YANG BAIK KEPADA MEREKA..PANJANGKANLAH USIA MEREKA..YA RAHMAN YA RAHIM..HANYA PADAMU AKU BERMOHON..AMIN YA RABBAL'ALAMIN..

*disaat ini..aku sangat rindukan mereka..bahagiakah mereka??

anakmu cuba mengerti derita..tapi takut terseksa..ampunkan anakmu wahai ayah bonda..

sebulan je lagi SAYANG

SABAR
tak lama dah nak habis...cukup2 lah dugaan yang aku terima di sini...
letih..sedih..pedih..perit..derita hati seorang perantau..
mahu sahaja aku kumpul2 semua rasa dan buang ke laut cina selatan..

cuma tinggal sebulan..penderitaan sebagai perantau akan tamat..lepas nih..kau kena teruskan hidup..cari kerja..bayar hutang duit..bayar hutang budi..

Sokongan apa lagi yang aku mampu tagihkan selain daripada keluarga...
kawan2 dan ikut haluan masing2...semoga semua berbahagia..
tahniah..
kalian berjaya menempuhi dugaan dengan tabah...
welldone my dear friends..


YA ALLAH
aku memohon kau kuatkanlah hati aku...